DALAM HATI
INI ADA KAMU
Hari itu aku berada disatu suasana baru yang tidak pernah ku
bayangkan,dikala masa silih berganti usia menjangkau diri,pertemuanku dengannya
buat pertama kali tidak akan padam dalam hati dan ingatan ini,sama sekali tidak
akan hilang dibawa masa yang terus berlalu.Namaku Joy,op’s bukan perempuan ya
tapi aku lelaki,lelaki sejatilah katakan.hahaha.Berbalik kepada ceritaku ini,Kami
bertemu didalam kelas semasa Tingkatan 1,seingat akulah masa tu aku ditempat
kan dikelas Tingkatan 1 Jujur,sementara minggu orentasi kemasukkan budak baru
di sekolah tersebut,pada tahun 2001.Aku melihatnya hanya dari pandangan jauh
dan secara senyap-senyap aku memandangnya.Sememangnya dia cute,comel,cantik dan
macam-macamlah yang indah-indah tentang dia,tidak ada yang kuranglah bagiku
tetang dirinya.Selesai minggu Orentasi pemilihan kelas melalui ujian yang
dibuat semasa program Orentasi tersebut sememangnya kami masih berada dikelas
yang sama,cumanya kelas kami dan pelajar yang lain-lain ditukar melalui
keputusan ujian tersebut dan kelas aku dan dia ditempatkan dikelas Tingkatan 1
prihatin,dimana kelas itu merupakan kelas yang utama bagi antara-antara
kelas-kelas lain,saat itu hanya Tuhan yang tahu bertapa gembiranya aku apabila
mengetahui kelas kami masih sama.
Tahun 2003,usia meningkat dan aku berada dalam Tingkatan
3,masih sama kelas dengannya ,dalam masa tiga tahun ini,kelas 3 Prihatin dan
kami akan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah(PMR),Dan siapa sangka hubungan kami
semakin akhrabnya apa tidaknya aku sebagai ketua kelas di dalam kelas kami dan
dia sebagai penolong ketua kelas lagilah rasa bahagia selalu dalam masa itu,sehinggalah
selesai PMR dan keputusan peperiksaan keluar.
Tahun 2004,akhirnya kami terpisah,ini kerana aku dan dia berada
berlainan kelas,sepatutnya dia dan aku masih satu kelas tapi dia memilih aliran
lain semasa itu,runtuh perasaan ini bila tahu yang dia menolak tawaran Pihak
sekolah untuk berada dikelas utam iaitu kelas pelajar-pelajar aliran Sains
tulen dan dia memilih aliran Sastera.Meskipun begitu hubungan kami masih
baik,dan kami telah berpakat untuk saling mengutus surat antara satu sama lain
dan ianya belarutan sehinggalah kami menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM).
Tahun 2006,aku kira aku tidak dapat meneruskan lagi
pembelajaranku di peringkat yang seterusnya tetapi nasib dan tuah badan aku
diterima oleh pihak sekolah untuk menjadi calon pelajar panggilan kedua untuk
menjadi pelajar Tingkatan 6 tetapi sekali lagi kami berjumpa dan sekaligus
sekelas dengannya kerana kami diberi aliran yang sama iaitu aliran
ekonomi.Walaupun aliran ini tiada asas dalam aliran ini,atas dasar ingin
mencuba aku mengambil risiko pada masa itu dan malangnya semasa Sijil Tertinggi Peperiksaan Malaysia(STPM),akhirnya
aku kecundangan dan tidak layak untuk meneruskan keperingkat Uniersiti,Namun
sekali lagi peluang datang padaku untuk melanjutkan pelajaran ku diperingkat
Diploma melalui keputusan SPM ku yang tidak seberapa itu,aku mencuba lagi
dengan menerima tawaran tersebut atas sokongan mak dan abang –abang serta kakakku.Dan
dia pula,mendapat tawaran untuk meneruskan pelajaranya di peringkat Digree
dengan tawaran memasuki ke Universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Aku
turut gembira atas kejayaannya meskipun kami mungkin akan jarang bertemu dan
mungkin juga akan tidak bertemu lagi kerana haluan hidup masing-masing,hanya Tuhan
sahaja yang mengetahuinya .Namun dalam hati ini masih ada dia.Semasa di Tingkatan 6
Atas pada tahun 2007,sejujurnya dia pernah ada kekasih tetapi putus ditengah
jalan dan ini merupakan ke sekian kalinya dia bercinta dengan budak lelaki di
Sekolah kami,maklumlah masa itu dia tidak mengetahui bahawa dalam hatiku ini
ada dia,aku tidak menyalahkan dia kerana aku tidak pernah menyatakannya pada
dirinya secara bersemuka lagi pula aku sedar diri bahawa siapalah aku ini jika
dibandingkan dengan dirinya.
Tahun 2011,Setelah membawa haluan masing-masing sejak
beberapa tahun yang lalu kesekian kalinya aku bertemu dengannya di Hari yang
bertuah itu ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri di Raya kedua,sejujurnya saat
itu hati ini masih ada dia walaupun aku pernah bercinta dengan dua wanita lain
tetapi perasaan ku terhadapnya masih sama macam dulu.Aku bercinta pun bukan
kerana apa-apa tetapi kerana aku kira inilah cara terbaik untuk melupakannya
namun ianya tidak begitu sebaliknya hati ini masih mengharapkan dia.
Tahun 2012,aku rasa dia sudah tahu bahawa aku meminati dan
mencintai dia namun ketika itu dia sudah berpunya menurut khabar yang dirinya sendiri mengkhabarkan namun lelaki
yang menjadi kekasihnya itu dia merahsiakan lagi dariku.Buat kesekian kalinya
aku melepas untuk menjadi pasangan kekasihnya,meskipun begitu aku tidak
menyalahkannya kerana sememangnya dia tidak ada memberikanku harapan ditambah
lagi ketika itu dia dan aku hanya sekadar kawan biasa sahaja.
Tahun 2015,Setelah tahun silih tahun berganti,aku dengan
hidupku sendiri dan dia dengan hidupnya sendiri,syukur kami berdua telah
mempunyai kerjaya masing-masing tetapi hubungan kami masih tidk putus masih
berkawan baik sehinggalah satu masa itu aku menerima suatu surat undangan Majlis
Perkahwinannya dengan jejaka pilihannya sendiri ,bertambah sedihnya hati ini
namun aku masih manusia yang waras dan sentiasa mendoakan kebahagiaannya dan
semoga dia mendapat kebahagian yang selama ini dicarinya.Sebelum tarikh
perkahwinannya berlangsung aku dengan beraninya mempelawa dia untuk berjumpa
untuk kali terakhirnya sebelum dia menjadi milik orang lain.
Pada pertemuan itu,
Aku : Assalammualaikum,apa khbar awak?
Dia :Walikumsalam,khabar
baik.awak pula apa khabar?
Aku : Macam inilah,baik-baik saja.
Dia : So,apa perkara
yang awak nak katakan dengan aku ini,penting sangat kah sampai mahu jumpa
secara besemuka ini,macam penting sangat je?
Aku : Tidaklah sepenting mana pun,mungkin awak sudah tahu
perkara ini,dan harap awak dengar baik-baik apa yang hendak saya katakan ini.Apa
pun syabas dan tahniah lah kerana bakal menjadi pengantin beberapa hari lagi
dan saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi berjumpa dengan
saya walaupun awak akan menjadi milik orang serta terima kasih banyak-banyak
juga kerana kawan baik saya selama ini.Sebenarnya
macam ini,sebelum awak sah menjadi milik hak orang lain ada baiknya saya
berterus terang dengan awak,yang selama ini dalam hati saya ada satu nama yang
singgah sejak dari dulu hingga hari ini,walaupun awak mengetahui bahawa ini saya
pernah bercinta dengan beberapa kali namun ketahuilah bahawa ada satu sahaja
yang bertakhta didalam hati ini,tanpa awak sedar orang itu adalah awak,mungkin
awak sudah mengetahuinya dan buat-buat tidak mengetahuinya ataupun sememangnya
awak tidak mengetahuinya,tapi inilah yang sekian lamanya bersarang didalam hati
ini,dalam hati ini ada kamu.Mungkin awak anggap ini suatu gurauan atau mainan
dari saya tapi perkara ini merupakan
perkara yang serius bagi saya dan saya harus katakannya pada awak hari ini.Saya
tidak minta awak membalasnya dengan membatalkan perkahwinan awak dan teruskan
lah perkahwinan awak itu seperti yang dirancangkan,saya disini sentiasa berdoa
untuk kebahagian awak.
Dia : Ahh!!!ermm..ingatkan
awak selama ini anggap saya sebagai kawan awak,dan saya menganggap yang awak
selama ini tidak serius bila awak berkata bahawa awak tidak ada peluang kerana
saya memikirkan ianya sebagai gurauan nakal awak sahaja,baru saya tahu bahawa
ianya bukan gurauan sebaliknya serius.
Aku : Tidak apa-apa,hasrat saya cuma nak awak bahagia dan
berterus terang sahaja dengan awak agar jiwa ini lebih tenang.So,awak kecapilah
kebahagiaan yang sedang menunggu awak dihadapan awak itu dan janganlah kisah
tetang saya,saya akan baik-baik sahaja.
Dia : Baiklah kalau
mcam itu,baguslah kalau awak berfikiran begitu,saya pun nk berterima kasih
dengan awak kerana berterus terang dengan saya agar tiada lagi perkara yang
menjadi soal jawab dalam fikiran saya,dan kerana selama ini sudi menjadi kawan
saya yang terbaik,yang selalu mendoakan saya serta menyokong saya selama
ini,sejujurnya awak adalah seorang kawan dan insane yang bermakna dalam hidup
saya.Saya harap dan doakan awak semoga awak juga akan mendapat kebahagiaan yang
awak cari selama ini dan bertemu seseorang yang lebih baik dari saya.
Aku : InsyaAllah,selagi ada umur yang panjang dan jodohku
sampai.
Dia : Amin3x.
Aku : So,keluar jumpa saya ni bakal suami awak tahu kah dan
dia tidak apa-apa ke saya berjumpa dengan awak sekarang ini?
Dia : Sudah juga
bah,ada dia turun juga tu tapi dia pergi kedai kek yang kami tempah tu,nak
pastikan agar pihak kedai tu tidak terlupa dengan kek yang ditempah tu.
Aku : Oh…kenapa tidak
suruh je orang lain yang pergi,ini tidak alih-alih pengantin yang turun
padang,kesian juga ya bakal pengantin lelaki tu,awal-awal dah kena buli.
Dia : Alah,bukannya
buat kerja berat pun lagipun sudah turun ni alang-alang lah singgah sebentar
untuk pastikan tempahan tu nanti kalau terlupa rosak pula acara majlis tu tanpa
ada acara pengantin memotong kek rugilah kami kan seumur hidup hanya sekali.Oh
yup,jangan lupa pula,nanti datang ke majlis pernikahan kami tu,kalau awak tidak
datang ermm tahulah awak nanti,kalau awak kahwin saya pula tidak akan datang ke
majlis awak.
Aku : Yalah tu,semoga semuanya baik-baik je lah majlis kamu
tu nanti.Datang?tidak mahulah aku kalau aku bukan tetamu VIP hahaha kalau
tetamu VIP pasti aku datang..hehehe gurau je InsyaAllah lah kalau panjang umur
mana tahu esok-esok saya tidak ada atau ada perkara yang tiba-tiba diluar
kawalan yang datang kan,alah bukan apa-apa juga kalau saya tidak ada doa saya
ini lagi mahal dari datang tahu.hahaha
Dia : Iyalah
tu,datang ya jangan tidk datang?
Aku : InsyaAllah,nanti kalau ada tu adalah kalau tidak ada
tu ada perkara yang lebih mustahaklah tu,tapi sebelum tu ambil ini hadiah
ku,buka lepas kahwin nanti manalah tahu saya tidak dapat hadir ke majlis awak
tu kalau ada saya hadir nanti dapat lagi hadiah lain pula,doakan je lah aku
datang nanti ya.Ini untuk backup bah kata orang.Okeylah awak,saya ada urusan
lain ini nanti ada umur yang panjang kita jumpalah tu,kalau jumpa
tegur-tegurlah ya dan kirim salam dengan bakal pengantin lelaki awak tu.Assalammualaikum.
Dia : Walikumsalam.InsyaAllah ,selamat jalan.
Hari yang dinanti-nantikan oleh sidia untuk bergelar seorang
isteri dinun jauh disana untuk mengecapi saat-saat bahagia bersama pasangannya sementara
aku disini akan mengalami suatu pertempuran yang hebat yang melibatkan hidup
dan matiku yang telah disahkan oleh doktor bahawa aku mengidap penyakit barah
otak setahun yang lalu akan bertempur di medan pembedahan.Hidup dan matiku
hanya Allah S.W.T.yang mengetahui-Nya.
No comments:
Post a Comment