Saturday, May 26, 2012

DALAM HATI INI ADA KAMU


DALAM HATI INI ADA KAMU
Hari itu aku berada disatu suasana baru yang tidak pernah ku bayangkan,dikala masa silih berganti usia menjangkau diri,pertemuanku dengannya buat pertama kali tidak akan padam dalam hati dan ingatan ini,sama sekali tidak akan hilang dibawa masa yang terus berlalu.Namaku Joy,op’s bukan perempuan ya tapi aku lelaki,lelaki sejatilah katakan.hahaha.Berbalik kepada ceritaku ini,Kami bertemu didalam kelas semasa Tingkatan 1,seingat akulah masa tu aku ditempat kan dikelas Tingkatan 1 Jujur,sementara minggu orentasi kemasukkan budak baru di sekolah tersebut,pada tahun 2001.Aku melihatnya hanya dari pandangan jauh dan secara senyap-senyap aku memandangnya.Sememangnya dia cute,comel,cantik dan macam-macamlah yang indah-indah tentang dia,tidak ada yang kuranglah bagiku tetang dirinya.Selesai minggu Orentasi pemilihan kelas melalui ujian yang dibuat semasa program Orentasi tersebut sememangnya kami masih berada dikelas yang sama,cumanya kelas kami dan pelajar yang lain-lain ditukar melalui keputusan ujian tersebut dan kelas aku dan dia ditempatkan dikelas Tingkatan 1 prihatin,dimana kelas itu merupakan kelas yang utama bagi antara-antara kelas-kelas lain,saat itu hanya Tuhan yang tahu bertapa gembiranya aku apabila mengetahui kelas kami masih sama.
Tahun 2003,usia meningkat dan aku berada dalam Tingkatan 3,masih sama kelas dengannya ,dalam masa tiga tahun ini,kelas 3 Prihatin dan kami akan menghadapi Peperiksaan Menengah  Rendah(PMR),Dan siapa sangka hubungan kami semakin akhrabnya apa tidaknya aku sebagai ketua kelas di dalam kelas kami dan dia sebagai penolong ketua kelas lagilah rasa bahagia selalu dalam masa itu,sehinggalah selesai PMR dan keputusan peperiksaan keluar.
Tahun 2004,akhirnya kami terpisah,ini kerana aku dan dia berada berlainan kelas,sepatutnya dia dan aku masih satu kelas tapi dia memilih aliran lain semasa itu,runtuh perasaan ini bila tahu yang dia menolak tawaran Pihak sekolah untuk berada dikelas utam iaitu kelas pelajar-pelajar aliran Sains tulen dan dia memilih aliran Sastera.Meskipun begitu hubungan kami masih baik,dan kami telah berpakat untuk saling mengutus surat antara satu sama lain dan ianya belarutan sehinggalah kami menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM).
Tahun 2006,aku kira aku tidak dapat meneruskan lagi pembelajaranku di peringkat yang seterusnya tetapi nasib dan tuah badan aku diterima oleh pihak sekolah untuk menjadi calon pelajar panggilan kedua untuk menjadi pelajar Tingkatan 6 tetapi sekali lagi kami berjumpa dan sekaligus sekelas dengannya kerana kami diberi aliran yang sama iaitu aliran ekonomi.Walaupun aliran ini tiada asas dalam aliran ini,atas dasar ingin mencuba aku mengambil risiko pada masa itu dan malangnya semasa  Sijil Tertinggi Peperiksaan Malaysia(STPM),akhirnya aku kecundangan dan tidak layak untuk meneruskan keperingkat Uniersiti,Namun sekali lagi peluang datang padaku untuk melanjutkan pelajaran ku diperingkat Diploma melalui keputusan SPM ku yang tidak seberapa itu,aku mencuba lagi dengan menerima tawaran tersebut atas sokongan mak dan abang –abang serta kakakku.Dan dia pula,mendapat tawaran untuk meneruskan pelajaranya di peringkat Digree dengan tawaran memasuki ke Universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Aku turut gembira atas kejayaannya meskipun kami mungkin akan jarang bertemu dan mungkin juga akan tidak bertemu lagi kerana haluan hidup masing-masing,hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya .Namun dalam  hati ini masih ada dia.Semasa di Tingkatan 6 Atas pada tahun 2007,sejujurnya dia pernah ada kekasih tetapi putus ditengah jalan dan ini merupakan ke sekian kalinya dia bercinta dengan budak lelaki di Sekolah kami,maklumlah masa itu dia tidak mengetahui bahawa dalam hatiku ini ada dia,aku tidak menyalahkan dia kerana aku tidak pernah menyatakannya pada dirinya secara bersemuka lagi pula aku sedar diri bahawa siapalah aku ini jika dibandingkan dengan dirinya.
Tahun 2011,Setelah membawa haluan masing-masing sejak beberapa tahun yang lalu kesekian kalinya aku bertemu dengannya di Hari yang bertuah itu ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri di Raya kedua,sejujurnya saat itu hati ini masih ada dia walaupun aku pernah bercinta dengan dua wanita lain tetapi perasaan ku terhadapnya masih sama macam dulu.Aku bercinta pun bukan kerana apa-apa tetapi kerana aku kira inilah cara terbaik untuk melupakannya namun ianya tidak begitu sebaliknya hati ini masih mengharapkan dia.
Tahun 2012,aku rasa dia sudah tahu bahawa aku meminati dan mencintai dia namun ketika itu dia sudah berpunya menurut khabar yang  dirinya sendiri mengkhabarkan namun lelaki yang menjadi kekasihnya itu dia merahsiakan lagi dariku.Buat kesekian kalinya aku melepas untuk menjadi pasangan kekasihnya,meskipun begitu aku tidak menyalahkannya kerana sememangnya dia tidak ada memberikanku harapan ditambah lagi ketika itu dia dan aku hanya sekadar kawan biasa sahaja.
Tahun 2015,Setelah tahun silih tahun berganti,aku dengan hidupku sendiri dan dia dengan hidupnya sendiri,syukur kami berdua telah mempunyai kerjaya masing-masing tetapi hubungan kami masih tidk putus masih berkawan baik sehinggalah satu masa itu aku menerima suatu surat undangan Majlis Perkahwinannya dengan jejaka pilihannya sendiri ,bertambah sedihnya hati ini namun aku masih manusia yang waras dan sentiasa mendoakan kebahagiaannya dan semoga dia mendapat kebahagian yang selama ini dicarinya.Sebelum tarikh perkahwinannya berlangsung aku dengan beraninya mempelawa dia untuk berjumpa untuk kali terakhirnya sebelum dia menjadi milik orang lain.
Pada pertemuan itu,
Aku : Assalammualaikum,apa khbar awak?
Dia  :Walikumsalam,khabar baik.awak pula apa khabar?
Aku : Macam inilah,baik-baik saja.
Dia  : So,apa perkara yang awak nak katakan dengan aku ini,penting sangat kah sampai mahu jumpa secara besemuka ini,macam penting sangat je?
Aku : Tidaklah sepenting mana pun,mungkin awak sudah tahu perkara ini,dan harap awak dengar baik-baik apa yang hendak saya katakan ini.Apa pun syabas dan tahniah lah kerana bakal menjadi pengantin beberapa hari lagi dan saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi berjumpa dengan saya walaupun awak akan menjadi milik orang serta terima kasih banyak-banyak juga  kerana kawan baik saya selama ini.Sebenarnya macam ini,sebelum awak sah menjadi milik hak orang lain ada baiknya saya berterus terang dengan awak,yang selama ini dalam hati saya ada satu nama yang singgah sejak dari dulu hingga hari ini,walaupun awak mengetahui bahawa ini saya pernah bercinta dengan beberapa kali namun ketahuilah bahawa ada satu sahaja yang bertakhta didalam hati ini,tanpa awak sedar orang itu adalah awak,mungkin awak sudah mengetahuinya dan buat-buat tidak mengetahuinya ataupun sememangnya awak tidak mengetahuinya,tapi inilah yang sekian lamanya bersarang didalam hati ini,dalam hati ini ada kamu.Mungkin awak anggap ini suatu gurauan atau mainan dari saya  tapi perkara ini merupakan perkara yang serius bagi saya dan saya harus katakannya pada awak hari ini.Saya tidak minta awak membalasnya dengan membatalkan perkahwinan awak dan teruskan lah perkahwinan awak itu seperti yang dirancangkan,saya disini sentiasa berdoa untuk kebahagian awak.
Dia  : Ahh!!!ermm..ingatkan awak selama ini anggap saya sebagai kawan awak,dan saya menganggap yang awak selama ini tidak serius bila awak berkata bahawa awak tidak ada peluang kerana saya memikirkan ianya sebagai gurauan nakal awak sahaja,baru saya tahu bahawa ianya bukan gurauan sebaliknya serius.
Aku : Tidak apa-apa,hasrat saya cuma nak awak bahagia dan berterus terang sahaja dengan awak agar jiwa ini lebih tenang.So,awak kecapilah kebahagiaan yang sedang menunggu awak dihadapan awak itu dan janganlah kisah tetang saya,saya akan baik-baik sahaja.
Dia  : Baiklah kalau mcam itu,baguslah kalau awak berfikiran begitu,saya pun nk berterima kasih dengan awak kerana berterus terang dengan saya agar tiada lagi perkara yang menjadi soal jawab dalam fikiran saya,dan kerana selama ini sudi menjadi kawan saya yang terbaik,yang selalu mendoakan saya serta menyokong saya selama ini,sejujurnya awak adalah seorang kawan dan insane yang bermakna dalam hidup saya.Saya harap dan doakan awak semoga awak juga akan mendapat kebahagiaan yang awak cari selama ini dan bertemu seseorang yang lebih baik dari saya.
Aku : InsyaAllah,selagi ada umur yang panjang dan jodohku sampai.
Dia  : Amin3x.
Aku : So,keluar jumpa saya ni bakal suami awak tahu kah dan dia tidak apa-apa ke saya berjumpa dengan awak sekarang ini?
Dia  : Sudah juga bah,ada dia turun juga tu tapi dia pergi kedai kek yang kami tempah tu,nak pastikan agar pihak kedai tu tidak terlupa dengan kek yang ditempah tu.
Aku :  Oh…kenapa tidak suruh je orang lain yang pergi,ini tidak alih-alih pengantin yang turun padang,kesian juga ya bakal pengantin lelaki tu,awal-awal dah kena buli.
Dia  : Alah,bukannya buat kerja berat pun lagipun sudah turun ni alang-alang lah singgah sebentar untuk pastikan tempahan tu nanti kalau terlupa rosak pula acara majlis tu tanpa ada acara pengantin memotong kek rugilah kami kan seumur hidup hanya sekali.Oh yup,jangan lupa pula,nanti datang ke majlis pernikahan kami tu,kalau awak tidak datang ermm tahulah awak nanti,kalau awak kahwin saya pula tidak akan datang ke majlis awak.
Aku : Yalah tu,semoga semuanya baik-baik je lah majlis kamu tu nanti.Datang?tidak mahulah aku kalau aku bukan tetamu VIP hahaha kalau tetamu VIP pasti aku datang..hehehe gurau je InsyaAllah lah kalau panjang umur mana tahu esok-esok saya tidak ada atau ada perkara yang tiba-tiba diluar kawalan yang datang kan,alah bukan apa-apa juga kalau saya tidak ada doa saya ini lagi mahal dari datang tahu.hahaha
Dia  : Iyalah tu,datang ya jangan tidk datang?
Aku : InsyaAllah,nanti kalau ada tu adalah kalau tidak ada tu ada perkara yang lebih mustahaklah tu,tapi sebelum tu ambil ini hadiah ku,buka lepas kahwin nanti manalah tahu saya tidak dapat hadir ke majlis awak tu kalau ada saya hadir nanti dapat lagi hadiah lain pula,doakan je lah aku datang nanti ya.Ini untuk backup bah kata orang.Okeylah awak,saya ada urusan lain ini nanti ada umur yang panjang kita jumpalah tu,kalau jumpa tegur-tegurlah ya dan kirim salam dengan bakal pengantin lelaki awak tu.Assalammualaikum.
Dia : Walikumsalam.InsyaAllah ,selamat jalan.
Hari yang dinanti-nantikan oleh sidia untuk bergelar seorang isteri dinun jauh disana untuk mengecapi saat-saat bahagia bersama pasangannya sementara aku disini akan mengalami suatu pertempuran yang hebat yang melibatkan hidup dan matiku yang telah disahkan oleh doktor bahawa aku mengidap penyakit barah otak setahun yang lalu akan bertempur di medan pembedahan.Hidup dan matiku hanya Allah S.W.T.yang mengetahui-Nya.