Tuesday, December 25, 2012

Munajat Cinta



Episode 2 : Ada Jalannya...
             Zaffwan masih tidak dapat melupakan peristiwa beberapa hari yang lalu,ketika dia mendapat musibah semasa hendak balik ke hostel,syukur Alhamduhlillah ada hamba Allah yang menghulurkan bantuan saat itu.Nurhelin Bt sofi Ar-Rahman,ya!!!itulah nama hamba Allah yang sudi menghulurkan bantuan disaat-saat genting ketika itu,dia adalah gadis yang ditemuinya diperhentian bas tersebut,gadis yang sama yang menanyakan pertanyaan dimana perhentian bas ke Taman Kurnia Jaya kepadanya.Syukur kehadrat Illahi dan terima kasih yang teramat-amat atas pertolongan hamba Allah itu.Betul juga pepatah menyatakan”setiap kesulitan atau kesukaran itu tentu ada jalan keluarnya atau bantuan dari-Nya sama ada kita sedari mahupun tidak.
           Tujuh bulan sejak peristiwa itu Zaffwan tidak pernah sudah menjumpai gadis tersebut,hanya dengan satu pertemuan itu sahaja mereka bertemu.”wan,malam ini,kau free ke??”Ahamad selaku sahabat baiknya bertanya kepadanya,mungkin dia ada program nak ajak Zaffwan  lah itu.”Emm...malam ini sebenarnya memang saya free tapi malaslah nak keluar pergi mana-mana,nak duduk kat hostel je lah kenapa Mad,ada apa-apa program ke?”ohh..yakah tidak apalah,ingat nak ajak kau sekali pergi rumah Bapa Saudara aku ada Majlis kanduri dorang buat so,itu yang saya ajak kau sekali tapi nak buat macam mana yalah dah kau plan tak nak ke mana-mana so,saya kenalah pergi sendiri je”.”Macam itu kah,kau dah minta teman dengan kawan-kawan lain ke?”kini Zaffwan pula menanyakan soalan kepada Ahmad.”Dah,semuanya ada hal nak buat itu yang saya tanya kau mana tahu kot-kot kau boleh temankan aku,tapi nampaknya kau pun tak nak tak apalah kalau macam itu”.Ermm macam mana ya..dekat mana kanduri itu,i mean tempat Pakcik kau itu?”.Dekat jew,kat area-area sini gak,kenapa nak ikut ke?”Ahamad sengaja memancing manalah tahu Zaffwan berubah fikiran.”Ohh..ermm sure ke kau pergi sorang kalau macam itu tak apalah biar je aku temankan kau,lagi pun aku sememangnya tidak tahu gak nak buat apa malam ini”.”Cantiklah kalau macam itu,beginilah baru kawan,terima kasih ya wan,bukan apa kalau saya pergi sendiri tak bestlah nanti kat sana so,ada kawan oklah itu tak gak kekok nanti kat sana.kalau macam itu kau bersiap-siap lah sekejap lagi kita bertolak aku nak call Pakcik saya itu nak bagitahu yang saya ada bawa kawan ini,tak apa jangan risau keluarga Pakcik saya semuanya baik-baik je,sporting dan peramah orangnya,lagipun Pakcik saya juga yang suruh bawa kawan-kawan saya itu yang saya beria-ria nak ajak kawan-kawan lain pergi tapi kau je yang sudi nak ikut.”.”Tak apa,aku ok je”.
45 minit kemudian kami sudah pun sampai ditempat yang nak ditujuh itu,sememangnya tempat itu meriah sekali ramai para tetamu-tetamu yang menghadiri majlis tersebut dan dari segi suasana tempat dan rumah Pakcik si Ahmad itu,nampaknya dari golongan orang-orang berada dalam erti kata lain orang kaya lah katakan.Lalu kami masuk ke dalam rumah tersebut dengan memberi salam,para hadirin yang ada disitu menyambut salam kami dengan senang hati dan datang seorang lelaki yang dalam lingkungan 45 tahun menghulurkan tangan tanda bersalam dengan sopan santunnya,wajahnya sejuk mata memandang umpama ada sinar cahaya di sebalik wajahnya walaupun usianya dah menjangkau tua,berjambang mengikut sunnah Rasulullah s.aw.mengikut firasatku mungkin orang tua tersebut seorang yang hidupnya berlandaskan Al-Quran dan islam yang sebenar dari segi cara percakapannya dan tingkahlakunya yang sentiasa merendahkan diri di khayalakan orang ramai dan orang tua tersebut adalah Pakcik kepada Ahmad tuan punya rumah tersebut.”Ahmad,ini kah kawan yang kamu katakan tadi yang kamu bawa itu kawan-kawan ain mana?”Oh ya..inilah Pakcik,namanya Zaffwan asal sabah sama-sama belajar kat tempat Mad juga,kawan-kawan lain tidak dapat ikut ada hal mereka masing-masing”.Ohh orang sabah bha ini,tak apalah kamu makan dulu,makan je banyak-banyak jangan malu-malu,banyak hidangan tu Mak Cik kamu yang masak tadi,Pakcik nak pergi layan tetamu-tetamu Pakcik,maaflah tak dapat layan kamu,nanti lepas kamu makan Pakcik nak ajak kamu sembang-sembang ya,jangan pula kamu menghilang lepas makan nanti oh ya..hampir terlupa tadi ada bapa kamu call dia kata dia akan datang juga nanti tapi mungkin agak lewat sedikit dia suruh kamu tunggu dia sampai datang kalau boleh sebab ada hal dia mahu bincang dengan kau”.”Yalah Pakcik,InsyaAllah kalau dapat tunggu,oklah Pakcik layanlah tetamu-tetamu Pakcik itu,kitaorang ini pun nak makan ini,lama dah tak merasa masakan Makcik ini rindu pula rasanya,oh ya...mana sepupu kesayangan saya itu Pakcik tak ada nampak pun lubang hidungnya disini selalunya kalau saya datang dialah orang yang selalu menjadi pelayan saya,mana pula perginya dia?”.Ada itu kat dapur sibuk tolong Makcik kamu tu,makumlah orang perempuan kalau dah majlis macam ini sibuklah kat dapur tu”.”Ohh patutlah tak Nampak,macam mana dah ada calon suami dia ke?eheheheehe manalah tahu dia bawa calon suami dia sempena majlisnya ini,yalah orang nak pergi sambung belajar ke luar Negara mestilah ada calon lepas je habis belajar terus kahwin,dapat juga sepupu kesayangannya ini merasa nasi minyaknya nanti.hehehehe”.Kamu ini macam tidak tahu je dengan dia itu,manalah dia berminat dengan hal-hal itu semua yang dia tahu dengan buku-bukunya je tak lama lagi nanti kahwin juga dia ini dengan buku-buku tu semua.Oklah Pakcik nak ke sana dulu dari tadi asyik layan kamu ini tak terlayan pula tetamu-tetamu Pakcik ini,ajak kawan kamu sekali pergi sana makan dulu kang nanti kita sambung sembang lagi.
-bersambung-

Tuesday, December 4, 2012

From In My Heart....


i want to forget she in my head...
but my feeling still love she and my head still thinking about she...
i don't know why my heart is broken when i think about she...
but i realy2 don't mean to hate she...maybe she still the queen in my heart...anyway i just wait for forget she..i hope is time can be help me to forget she and i hope she happy with mate....
I know she realy2 don't love me before and after....
and i know i just puppet for she...so,why right now i just removel in she life...i realy2 hope she always happy in she life...and for me never mind to hate she becouse she still my queen,my sweety heart,my princess...

Monday, July 30, 2012

Menghitung Hari

menghitung hari...
detik demi detik..
menanti itu kan menjemukan...
tapi ku sabar menunggu jawabmu..
jawab cintamu...

c/o jangan kau beri..
      harapan padaku...
      seperti ingin tapi tak ingin...
      yang aku minta...
      tulus hati mu...
      bukan pura-pura...

jangan pergi dari cintaku...
biar sahja tetap denganku...
biar semua tahu adanya...
diriku memang punya mu...

c/o  ulang

belum pernah ku jatuh cinta...
sekeras ini seperti padamu....
jangan sebut aku lelaki...
bila ku tak bisa memilikimu...

Saturday, May 26, 2012

DALAM HATI INI ADA KAMU


DALAM HATI INI ADA KAMU
Hari itu aku berada disatu suasana baru yang tidak pernah ku bayangkan,dikala masa silih berganti usia menjangkau diri,pertemuanku dengannya buat pertama kali tidak akan padam dalam hati dan ingatan ini,sama sekali tidak akan hilang dibawa masa yang terus berlalu.Namaku Joy,op’s bukan perempuan ya tapi aku lelaki,lelaki sejatilah katakan.hahaha.Berbalik kepada ceritaku ini,Kami bertemu didalam kelas semasa Tingkatan 1,seingat akulah masa tu aku ditempat kan dikelas Tingkatan 1 Jujur,sementara minggu orentasi kemasukkan budak baru di sekolah tersebut,pada tahun 2001.Aku melihatnya hanya dari pandangan jauh dan secara senyap-senyap aku memandangnya.Sememangnya dia cute,comel,cantik dan macam-macamlah yang indah-indah tentang dia,tidak ada yang kuranglah bagiku tetang dirinya.Selesai minggu Orentasi pemilihan kelas melalui ujian yang dibuat semasa program Orentasi tersebut sememangnya kami masih berada dikelas yang sama,cumanya kelas kami dan pelajar yang lain-lain ditukar melalui keputusan ujian tersebut dan kelas aku dan dia ditempatkan dikelas Tingkatan 1 prihatin,dimana kelas itu merupakan kelas yang utama bagi antara-antara kelas-kelas lain,saat itu hanya Tuhan yang tahu bertapa gembiranya aku apabila mengetahui kelas kami masih sama.
Tahun 2003,usia meningkat dan aku berada dalam Tingkatan 3,masih sama kelas dengannya ,dalam masa tiga tahun ini,kelas 3 Prihatin dan kami akan menghadapi Peperiksaan Menengah  Rendah(PMR),Dan siapa sangka hubungan kami semakin akhrabnya apa tidaknya aku sebagai ketua kelas di dalam kelas kami dan dia sebagai penolong ketua kelas lagilah rasa bahagia selalu dalam masa itu,sehinggalah selesai PMR dan keputusan peperiksaan keluar.
Tahun 2004,akhirnya kami terpisah,ini kerana aku dan dia berada berlainan kelas,sepatutnya dia dan aku masih satu kelas tapi dia memilih aliran lain semasa itu,runtuh perasaan ini bila tahu yang dia menolak tawaran Pihak sekolah untuk berada dikelas utam iaitu kelas pelajar-pelajar aliran Sains tulen dan dia memilih aliran Sastera.Meskipun begitu hubungan kami masih baik,dan kami telah berpakat untuk saling mengutus surat antara satu sama lain dan ianya belarutan sehinggalah kami menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM).
Tahun 2006,aku kira aku tidak dapat meneruskan lagi pembelajaranku di peringkat yang seterusnya tetapi nasib dan tuah badan aku diterima oleh pihak sekolah untuk menjadi calon pelajar panggilan kedua untuk menjadi pelajar Tingkatan 6 tetapi sekali lagi kami berjumpa dan sekaligus sekelas dengannya kerana kami diberi aliran yang sama iaitu aliran ekonomi.Walaupun aliran ini tiada asas dalam aliran ini,atas dasar ingin mencuba aku mengambil risiko pada masa itu dan malangnya semasa  Sijil Tertinggi Peperiksaan Malaysia(STPM),akhirnya aku kecundangan dan tidak layak untuk meneruskan keperingkat Uniersiti,Namun sekali lagi peluang datang padaku untuk melanjutkan pelajaran ku diperingkat Diploma melalui keputusan SPM ku yang tidak seberapa itu,aku mencuba lagi dengan menerima tawaran tersebut atas sokongan mak dan abang –abang serta kakakku.Dan dia pula,mendapat tawaran untuk meneruskan pelajaranya di peringkat Digree dengan tawaran memasuki ke Universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Aku turut gembira atas kejayaannya meskipun kami mungkin akan jarang bertemu dan mungkin juga akan tidak bertemu lagi kerana haluan hidup masing-masing,hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya .Namun dalam  hati ini masih ada dia.Semasa di Tingkatan 6 Atas pada tahun 2007,sejujurnya dia pernah ada kekasih tetapi putus ditengah jalan dan ini merupakan ke sekian kalinya dia bercinta dengan budak lelaki di Sekolah kami,maklumlah masa itu dia tidak mengetahui bahawa dalam hatiku ini ada dia,aku tidak menyalahkan dia kerana aku tidak pernah menyatakannya pada dirinya secara bersemuka lagi pula aku sedar diri bahawa siapalah aku ini jika dibandingkan dengan dirinya.
Tahun 2011,Setelah membawa haluan masing-masing sejak beberapa tahun yang lalu kesekian kalinya aku bertemu dengannya di Hari yang bertuah itu ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri di Raya kedua,sejujurnya saat itu hati ini masih ada dia walaupun aku pernah bercinta dengan dua wanita lain tetapi perasaan ku terhadapnya masih sama macam dulu.Aku bercinta pun bukan kerana apa-apa tetapi kerana aku kira inilah cara terbaik untuk melupakannya namun ianya tidak begitu sebaliknya hati ini masih mengharapkan dia.
Tahun 2012,aku rasa dia sudah tahu bahawa aku meminati dan mencintai dia namun ketika itu dia sudah berpunya menurut khabar yang  dirinya sendiri mengkhabarkan namun lelaki yang menjadi kekasihnya itu dia merahsiakan lagi dariku.Buat kesekian kalinya aku melepas untuk menjadi pasangan kekasihnya,meskipun begitu aku tidak menyalahkannya kerana sememangnya dia tidak ada memberikanku harapan ditambah lagi ketika itu dia dan aku hanya sekadar kawan biasa sahaja.
Tahun 2015,Setelah tahun silih tahun berganti,aku dengan hidupku sendiri dan dia dengan hidupnya sendiri,syukur kami berdua telah mempunyai kerjaya masing-masing tetapi hubungan kami masih tidk putus masih berkawan baik sehinggalah satu masa itu aku menerima suatu surat undangan Majlis Perkahwinannya dengan jejaka pilihannya sendiri ,bertambah sedihnya hati ini namun aku masih manusia yang waras dan sentiasa mendoakan kebahagiaannya dan semoga dia mendapat kebahagian yang selama ini dicarinya.Sebelum tarikh perkahwinannya berlangsung aku dengan beraninya mempelawa dia untuk berjumpa untuk kali terakhirnya sebelum dia menjadi milik orang lain.
Pada pertemuan itu,
Aku : Assalammualaikum,apa khbar awak?
Dia  :Walikumsalam,khabar baik.awak pula apa khabar?
Aku : Macam inilah,baik-baik saja.
Dia  : So,apa perkara yang awak nak katakan dengan aku ini,penting sangat kah sampai mahu jumpa secara besemuka ini,macam penting sangat je?
Aku : Tidaklah sepenting mana pun,mungkin awak sudah tahu perkara ini,dan harap awak dengar baik-baik apa yang hendak saya katakan ini.Apa pun syabas dan tahniah lah kerana bakal menjadi pengantin beberapa hari lagi dan saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi berjumpa dengan saya walaupun awak akan menjadi milik orang serta terima kasih banyak-banyak juga  kerana kawan baik saya selama ini.Sebenarnya macam ini,sebelum awak sah menjadi milik hak orang lain ada baiknya saya berterus terang dengan awak,yang selama ini dalam hati saya ada satu nama yang singgah sejak dari dulu hingga hari ini,walaupun awak mengetahui bahawa ini saya pernah bercinta dengan beberapa kali namun ketahuilah bahawa ada satu sahaja yang bertakhta didalam hati ini,tanpa awak sedar orang itu adalah awak,mungkin awak sudah mengetahuinya dan buat-buat tidak mengetahuinya ataupun sememangnya awak tidak mengetahuinya,tapi inilah yang sekian lamanya bersarang didalam hati ini,dalam hati ini ada kamu.Mungkin awak anggap ini suatu gurauan atau mainan dari saya  tapi perkara ini merupakan perkara yang serius bagi saya dan saya harus katakannya pada awak hari ini.Saya tidak minta awak membalasnya dengan membatalkan perkahwinan awak dan teruskan lah perkahwinan awak itu seperti yang dirancangkan,saya disini sentiasa berdoa untuk kebahagian awak.
Dia  : Ahh!!!ermm..ingatkan awak selama ini anggap saya sebagai kawan awak,dan saya menganggap yang awak selama ini tidak serius bila awak berkata bahawa awak tidak ada peluang kerana saya memikirkan ianya sebagai gurauan nakal awak sahaja,baru saya tahu bahawa ianya bukan gurauan sebaliknya serius.
Aku : Tidak apa-apa,hasrat saya cuma nak awak bahagia dan berterus terang sahaja dengan awak agar jiwa ini lebih tenang.So,awak kecapilah kebahagiaan yang sedang menunggu awak dihadapan awak itu dan janganlah kisah tetang saya,saya akan baik-baik sahaja.
Dia  : Baiklah kalau mcam itu,baguslah kalau awak berfikiran begitu,saya pun nk berterima kasih dengan awak kerana berterus terang dengan saya agar tiada lagi perkara yang menjadi soal jawab dalam fikiran saya,dan kerana selama ini sudi menjadi kawan saya yang terbaik,yang selalu mendoakan saya serta menyokong saya selama ini,sejujurnya awak adalah seorang kawan dan insane yang bermakna dalam hidup saya.Saya harap dan doakan awak semoga awak juga akan mendapat kebahagiaan yang awak cari selama ini dan bertemu seseorang yang lebih baik dari saya.
Aku : InsyaAllah,selagi ada umur yang panjang dan jodohku sampai.
Dia  : Amin3x.
Aku : So,keluar jumpa saya ni bakal suami awak tahu kah dan dia tidak apa-apa ke saya berjumpa dengan awak sekarang ini?
Dia  : Sudah juga bah,ada dia turun juga tu tapi dia pergi kedai kek yang kami tempah tu,nak pastikan agar pihak kedai tu tidak terlupa dengan kek yang ditempah tu.
Aku :  Oh…kenapa tidak suruh je orang lain yang pergi,ini tidak alih-alih pengantin yang turun padang,kesian juga ya bakal pengantin lelaki tu,awal-awal dah kena buli.
Dia  : Alah,bukannya buat kerja berat pun lagipun sudah turun ni alang-alang lah singgah sebentar untuk pastikan tempahan tu nanti kalau terlupa rosak pula acara majlis tu tanpa ada acara pengantin memotong kek rugilah kami kan seumur hidup hanya sekali.Oh yup,jangan lupa pula,nanti datang ke majlis pernikahan kami tu,kalau awak tidak datang ermm tahulah awak nanti,kalau awak kahwin saya pula tidak akan datang ke majlis awak.
Aku : Yalah tu,semoga semuanya baik-baik je lah majlis kamu tu nanti.Datang?tidak mahulah aku kalau aku bukan tetamu VIP hahaha kalau tetamu VIP pasti aku datang..hehehe gurau je InsyaAllah lah kalau panjang umur mana tahu esok-esok saya tidak ada atau ada perkara yang tiba-tiba diluar kawalan yang datang kan,alah bukan apa-apa juga kalau saya tidak ada doa saya ini lagi mahal dari datang tahu.hahaha
Dia  : Iyalah tu,datang ya jangan tidk datang?
Aku : InsyaAllah,nanti kalau ada tu adalah kalau tidak ada tu ada perkara yang lebih mustahaklah tu,tapi sebelum tu ambil ini hadiah ku,buka lepas kahwin nanti manalah tahu saya tidak dapat hadir ke majlis awak tu kalau ada saya hadir nanti dapat lagi hadiah lain pula,doakan je lah aku datang nanti ya.Ini untuk backup bah kata orang.Okeylah awak,saya ada urusan lain ini nanti ada umur yang panjang kita jumpalah tu,kalau jumpa tegur-tegurlah ya dan kirim salam dengan bakal pengantin lelaki awak tu.Assalammualaikum.
Dia : Walikumsalam.InsyaAllah ,selamat jalan.
Hari yang dinanti-nantikan oleh sidia untuk bergelar seorang isteri dinun jauh disana untuk mengecapi saat-saat bahagia bersama pasangannya sementara aku disini akan mengalami suatu pertempuran yang hebat yang melibatkan hidup dan matiku yang telah disahkan oleh doktor bahawa aku mengidap penyakit barah otak setahun yang lalu akan bertempur di medan pembedahan.Hidup dan matiku hanya Allah S.W.T.yang mengetahui-Nya.

Saturday, February 25, 2012

Setelah sekian lamanya....

Salam,
setelah sekian lamanya blg ney x prnh terupdate-update harap maaf sejuta dipinta..
Untuk ruangan kali ini saya sebagai empunya blog ney mengisi sebuah kisah seorang lelaki...

Kisahnya macam ney...

Bermula suatu masa dahulu kala,ada seorang hamba Allah S.W.T. bernama si pulan yang berkerja sebagai seorang pencuri tahap profisional sehingga menjadi buruan pihak kerajaan di Negeri tempat tinggalnya.Didalam Negeri tersebut terdapat seorang Puteri yang mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan menjadi kegilaan para pemuda di dalam Negeri tersebut serta kegilaan para putera Raja dari kerajaan lain sehingga kecantikkan puteri tersebut menjadi perbualan harian di dalam dan luar Negeri tersebut.Meskipun begitu,namun tiada seorang pun yang dapat memenangi hati Puteri tersebut untuk dijadikan pasangannya dan telah banyak lamaran pinangan yang telah ditolak oleh Puteri tersebut.Maka cerita tentang kecntikkan puteri tersebut sampai ditelinga si Pulan iaitu pencuri yang profisional yang menjadi buruan kerajaan di Negeri itu.Suatu hari dengan perasaan ingin tahu dan ingin melakukan kegiatan hariannya si pulan selaku pencuri terkenal itu pun pergi ke Istana untuk mencuri barangan di Istana sambil ingin melihat sejauh mana keanggunan dan kecantikkan si Puteri tersebut.Semasa berada dalam Istana tersebut si Pulan yang tengah sibuk mengutip barangan di Istana tersebut tanpa tidak disengajakan si pulan terdengar perbualan antara Puteri tersebut dengan ayahannya iaitu Raja yang memerintah Negeri tersebut yang berbunyi :

Puteri : Ayahanda yang dikasihi dan disayangi anakanda kini mahu segera menikah tetapi dengan        syarat. 
Raja : Apakah syaratnya anakanda?
Puteri : Ayahanda kenalah cari seorang lelaki yang sangat warak dan sangat bertaqwa keAtas Allah S.W.T. dalam Negeri ini.
Raja : InsyaAllah,akan Ayahanda lakukan dengan segera mencari pemuda seperti itu.
Maka Raja pun segera memanggil para pengawalnya agar mencari pemuda yang seperti diinginkan oleh puterinya itu dan perbualan mereka sampai sahaja disitu.
Lalu,si Pulan pun dengan segera meninggalkan Istana tersebut tanpa meninggalkan kesan dalam Istana tersebut.

Setelah sekian lamanya mencari pemuda yang diminta oleh si Puteri itu sehingga sampai beberapa tahun lamanya tiada seorang pun pemuda yang seperti diinginkan oleh puteri tersebut.
Namun demikian Raja tidak berputus-asa dan sampainya Raja mendengar cerita tentang sebuah kampung yang terperinci yang terdapatnya seorang pemuda yang sangat warak dan tinggi Ilmu agamanya.Maka pihak kerajaannya di beri titah untuk melihat siapakah pemuda tersebut dan membawanya ke Istana untuk dijadikan suami kepada puterinya.

Lalu,pihak kerajaan pun pergi ke kampung tersebut dan berjumpa dengan pemuda tersebut,setelah sampai ke kampung itu lalu tanpa melengahkan masa pihak kerajaan terus berjumpa dengan pemuda tersebut dan menyampaikan titah Raja pemerintah mereka itu dengan segera ingin membawa pemuda tersebut untuk menghadap Raja dan Puterinya.Namun demikian,pemuda tersebut lantas menolak perlawaan tersebut dan meminta pihak kerajaan untuk pulang ke Istana dan menyampaikan khabar tersebut.Dengan hati yang kecewa pihak kerajaan pun segera pulang ke Istana dengan perasaan sedih untuk mengkhabarkan bahawa pemuda tersebut telah menolak perlawaan Raja yang disampaikan oleh pihak kerajaan.

Setelah sampai di Istana lalu mereka menyampaikan khabar tersebut,dengan perasaan sedihnya Raja pun menerima khabar tersebut dengan hati terbuka namun Raja tersebut ingin berjumpa dengan pemuda yang telah menolak perlawaannya itu.Jesteru,Raja bersama angkatannya datang semula ke kampung pemuda tersebut dengan membawa puterinya sekali.

Setelah sampai ke kampung tersebut maka dengan segera pemuda itu ditemui oleh Raja secara bersendirian antara dia dan pemuda tersebut dan mereka berbual mesra.Melalui perbualan tersebut baru Raja mengatahui siapa pemuda tersebut dan tahu mengapa pemuda tersebut menolak perlawaannya.Rupa-rupanya selama ini pemuda tersebut adalah si Pulan iaitu pencuri yang profisional itu.SubhahanaAllah.

Sebenarnya,setelah peristiwa dalam Istana tersebut ketika si Pulan mendengar perbualan itu,maka si Pulan pun menghilangkan diri untuk dengan mempelajari ilmu agama dan menjadi pemuda yang bersifat warak dengan niat untuk menjadi pasangan puteri tersebut tetpi setelah mengenal Allah S.W.T. Dan mengetahui ilmu agama maka niat itu di buang dan dia benar-benar menjadi pemuda yang warak.Jesteru itu Raja berasa kagum dan terkilan kerana pemuda tersebut adalah buruan kerajaannya selama ini dan berani bersikap jujur dihadapnya serta meminta agar pemuda itu di kenakan hukuman keatas kesalahan yang telah dilakukannya suatu masa dahulu,Sebaliknya,Raja tidak mengenakan hukuman keatasnya malah memperlawakan sekali lagi agar pemuda itu sanggup untuk berkahwin dengan Puterinya itu.

Setelah didesak dan rasa tidak sampai hati maka si Pulan pun menerima perlawaan Raja tersebut dan langsung menikahi puteri Raja tersebut dan mereka hidup aman bahagia di dalam Negeri tersebut.