Sunday, May 15, 2011

Munajat cinta...

Episode 1 SAAT ITU...

"Mak ohh..Mak.."apa mak masak hari ini?begitulah telata zaffwan bila datang dari sekolah,"tengoklah di dapur tu,makan je lah apa yg ada".teringat pula kisah 12 tahun yg lalu bermain di fikiran zaffwan.Kini zaffwan dah berumur 22 tahun dan sedang melanjutkan pelajarannya di salah satu IPTA.
“Bro,malam ini awak tak ada kuliah ke?” “Ada tapi cancel lah bro”.“ooo..mantaplah kalau macam itu.So,nak join ke dengan kami malam ini pergi main futsal?”.“boleh juga,lagi pun malam ini lepas Isyak saya free”.
Malam lepas Isyak yang seperti di janjikan zaffwan pun bersiap-siap untuk pergi bersama-sama rakan-rakannya untuk bermain futsal.“So,macam mana sudah siap ke?kalau sudah,marilah kita pergi member-member lain sudah menunggu tu”.Ahmad merupakan teman yang paling rapat dengan zaffwan dalam IPTA tersebut dan merupakan Ketua Pelajar di IPTA tersebut,orangnya memang tidak dapat di pandang rendah kerana kebolehannya dalam bidang akedemik di IPTA itu adalah antara yang terbaik,lagi pula dia merupakan golongan orang berada,mempunyai wajah yang tampan dan berkulit cerah jika hendak dibandingkan dengan zaffwan yang kurang tampan,berkulit gelap dan berasal dari keluarga yang sederhana sahaja.“Ok Mad,sudah siap ini.”
Zaffwan dan Ahmad pun keluar dari rumah sewa mereka untuk menemui rakan-rakan yang lain,kerana malam ini mereka tidak bermain futsal ditempat biasa tetapi mereka sudah menempah gelangan futsal di salah satu gelanggang futsal yang selalu dikunjungi oleh orang ramai.“Wah!!tambah hebat juga Zaffwan main hari ini ya berbanding hari-hari yang lalu”. “Biasalah tu,tengoklah siapa sifunya”.“Ahmad bergurau dengan rakan-rakannya?”. “Hahaha..yalah tu”. “Mana perginya si Zaffwan ni,Daud dia ada bagitahu kah dengan kau kemana dia pergi aku ingat dia ada disini tadi?”. “Manalah aku tahu,Mad,tak perasan pula aku kemana dia pergi”. “Nah,itu pun dia (Zaffwan datang menuju ke tempat Ahmad dan Daud)”. “Baguslah kalau macam itu,kemas barang-barang kita tu,aku mahu pergi bayar ni dulu”. “Ok chip”. “Kau dari mana je ni Wan, tiba-tiba je menghilang”. Sorylah bro,aku pergi tandas tadi buang air kecil tak tahan aku tu yang aku hilang tiba-tiba ni”.
Lalu mereka bertiga pun,pergi meninggalkan gelanggang futsal tu.“Innalillahi wa innajihun,Mad kamu berdua balik dululah,barang aku tertinggal ni,maybe semasa dalam tandas tadi tu”. “Oklah,kami balik dulu,apa-apa hal nanti kau call kami.Assalamualaikum”. “Walikumsalam wrt.wbrt.”
“Aik,dimana dompet aku ni tercicir?setahu aku tadi aku ketandas ni,rasanya ada aku bawa.mana sudah perginya ni”.Setelah puas mencari dalam tandas,akhirnya Zaffwan pun menjumpainya juga,tapi malangnya duit dalam dompetnya telah hilang entah kemana.
Lalu Zaffwan pun menuju ke perhentian bas untuk balik ke rumah sewanya dengan langkah yang tidak bersemangat ditambah kerisauan dengan kelalainya sehingga duit di dompetnya hilang begitu sahaja.Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam.“Dah lewat ni,ada bas atau taksi lagi kah ni mahu balik asrama,telephone ni pun cas bateri sudah tiada susahlah mahu hubungi Ahmad dan Daud ni”.Zaffwan berkata dengan dirinya sendiri.

Disaat Zaffwan dalam kerisauan itu,lalu seorang perempuan yang agak cantik sempat juga sekilas pandang zaffwan memandang wajah gadis itu,sememangnya sungguh anggun dan manis.Subhanaulah,zaffwan memuji kebasaran Ilahi yang mencipta keindahan di wajah gadis tersebut,meskipun begitu Zaffwan cepat-cepat mengalihkan pandangannya dan beristighfar kerana sebagai seorang muslim sejati dia harus menjaga pandangan,hati dan fikirannya dari pekara-perkara yang menjeremus dirinya dari lembah kemaksiatan.
“Saudara,nak tanya sikit kalau nak ke Taman Kurnia Jaya disini ke perhentian bas nya?” “Ia,betullah tu disinilah perhentian bas kalau nak ke sana,kenapa saudari bukan orang disini ke?”.“Eh..tak lah asal memang orang sini cuma saya dan keluarga saya baru je berpindah ke sana dalam minggu ni,dulu kami sekeluarga tinggal di Ketereh ni pun dari rumah kawan tadi ada hal dan urusan”.“ooo...”.“Saudara pula ni dari mana nak ke mana?”.oo..saya dari main futsal dengan kawan-kawan ni,tapi kawan-kawan lain sudah balik dulu,tadi masa nak balik sama-sama barang saya tercicir so,saya suruhlah kawan-kawan saya balik dulu”.“oo..macam itu ke?so,sudah jumpa ke barang saudara yang tercicir itu?”.“Alhamduhlillah,ada sudah.nah itu pun bas nya”.


bersambung....
-siapakah yang akan membantu zaffwan?


No comments:

Post a Comment