Sunday, January 30, 2011

MUSIBAH ITU..











         Sofi berjalan menuju ke Kolej dengan gaya jalan orang kaya walhal duitnya di poketnya itu tidak berisi,itulah tanggapan orang dengannya bila di lihat dengan mata kasar dan yang tidak mengenalinya dengan dekat.
         Pada malam itu Sofi memikirkan musibah yang di hadapinya itu entah bagaimana dia hendak menghadapi semua itu. Sambil Sofi memikirkan musibah itu tiba - tiba Zamri menegur, “joe jom pergi makan! Aku belum makan lagi ni, kau sudah makan ke joe? Tak apa malam ni biar aku belanja kau”. “Zam kau makanlah dulu,aku tidak lapar lagi ni”. “Betul ke kau tak nak makan ni joe?”. “Tak apalah kau pergilah makan dulu,aku tak lapar lagi ni lagipun aku ada banyak kerja nak di buat kejap lagi ni?”. “Okeylah, kalau macam tu aku pergi dulu nanti kedai nasi lemak tu tutupp pula,Assalamualaikum”. “Walikumsalam, hati-hati ya”. “InsyaAllah”.
       Malam itu, Sofi sukar nak melelapkan matanya entah kenapa tiba-tiba ia risau berbaur sedih yang teramat sangat dengan khabar yang dia terima melalui mesej yang di kirim oleh kakaknya pada malam itu, Jesteru fikirannya teringat dengan mak,dan adik-beradiknya yang berada di Kampung halamannya itu meskipun bukan tempat dia di lahirkan namun di Kampung itulah dia membesar dan menimbah pengalaman hidup yang tidak sama sekali dia lupakan,kerana terlalu banyak kenangan manis dan pahit ketika tinggal di Kampung itu. Tanpa Sofi sedari mengalir air matanya membasahi pipinya itu.
         Namun di sebalik kerisauan berbaur kesedihan  dia bersyukur kerana Mak dan adik-beradiknya bersama-sama dengan jirannya yang lain iaitu keluarga terdekatnya selamat dari kebakaran  yang menimpa Kampungnya itu,dan salah satu mangsa kebakaran itu adalah rumah Sofi dan pekara inilah yang tidak mententeramkan dirinya,yang Sofi sedihkan bukanlah harta benda yang ada dalam rumah itu tetapi rumah yang dia dan keluarganya duduki itu adalah satu-satunya kenangan,peringatan dan peninggalan Arwah ayahnya untuk mereka sekeluarga. Melalui usaha Arwah Ayah yang tercinta itulah merka dapat mendirikan rumah itu dengan titik peluhnya sendiri melalui duit pancen yang di terima semasa arwah bekerja sebagai Pegawai Penyelia Ladang di salah sebuah Syarikat Ladang Tawau,Sabah. Itulah yang memukul hatinya sehingga teramat sedih dan terluka.
          Sofi tidak menghadiri kuliah pada hari ini,kerana fikirannya masih bercelaru dan masih memikirkan tentang musibah yang di hadapinya itu, Pada mulanya dia ingin merasiahkan pekara ini dari Pihak Kolej,terutamanya pihak Hal Ehwal Pelajar(HEP) tempat dia menuntut itu di Kolej Teknologi Darulnaim,Pangkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan.
          Meskipun begitu, atas saranan dan pendapat dari sahabat-sahabat rumah sewanya, dia beranikan diri untuk memaklumkan tentang musibah yang dia dan keluarganya hadapi itu, Mana tahu pihak Koej dapat memberi sedikit bantuan agar dapat mengurangkan musibah yang di hadapi itu.
        Alhamduhlillah, Pihak Kolej bercadang untuk membantu dengan mengadakan kutipan dermah pada masa terdekat ini. Sofi bersyukur dalam menghadapi musibah ini ada insan lain yang sudi menghulurkan bantuan mudah-mudahan bantuan yang di hulurkan ini barakah dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah s.w.t.
         Saat ini hati dan perasaan Sofi sedikit lega dengan musibah yang di hadapinya,       Kekadang terlintas di benak fikirannya adakah  ini suatu teguran dari Maha Pencipta keatas kelalaiannya selama ini yang leka dengan kehidupan duniawi semata-mata dan lupa akan tanggungjawabnya sebagai manusia di muka bumi ini. Sofi merasa ini sememangnya teguran dari Maha Pencipta untuknya yang semakin liar dan lupa diri sebagai hamba-Nya di muka bumi ini,ketika ini juga Sofi beristighfar dengan mengucap kalimah suci “Astaghfirullah al-azim” bekali-kali tanpa henti.
            Dirinya sedar bahawa dia bukanlah golongan manusia yang soleh mahupun mahasiswa yang berpengetahuan luas tentang agama, Sofi sedar yang dia bukanlah golongan itu kerana dia sering melakukan dosa yang di sedari mahupun tanpa di sedari, ilmu agama yang di miliki pun tidaklah seluas mana hanya sedikit sahaja jika di bandingkan dengan budak sekolah rendah pun kemungkinan dia tetap tidak mampu menandingi budak-budak itu, begitu kerdilnya dia tentang pengetahuan ilmu  agama.
         


        Bukannya Sofi tidak ingin berubah tetapi dirinya sentiasa lemah untuk menghadapi dunia yang penuh dengan godaan ini sehingga dirinya turut terjerumus kelembah yang melalaikan sehingga prinsip hidup yang di pegangnya runtuh di telan godaan di dunia ini, meskipun begitu dirinya belum lagi sampai melakukan pekara-pekara yang hina dan terkutuk di sisi Allah s.w.t. Sofi belum pernah lagi melakukan dosa sampai tahap berzina,minum arak mahupun membunuh ini kerana Sofi sendiri masih ada sifat kewarasannya sebagai manusia dan penganut agama yang di anuti iaitu Islam. Semoga Allah s.w.t. terus memeliharanya agar tidak terjerumus di lebah hina itu, Amin yarabbal alamin.
        Kehidupan sebagai seorang Mahasiswa yang menuntut jauh dari negeri sendiri sememangnya banyak dugaan dan godaan serta musibah yang harus di hadapi, Namun musibah kali ini sememangnya amat memberi kesan yang mendalam pada diri Sofi, semoga dengan musibah ini menjadi iktibar dan pengajaran serta mendekatkan dirinya dengan Maha Pencipta yang menjadikan alam semester ini dan seisinya,  sesuai dengan sebuah ayat suci Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 216 yang di turunkan oleh Allah s.w.t. membawa maksud :                                                                                                                                                     
     “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu , padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, Sedang kamu tidak mengetahui”.
       Melalui Surah ini Sofi menjadi tenang dan redha dengan segala musibah, dugaan, dan ujian yang dia hadapi. Kekuatan ayat inilah yang selalu menjadi pegangan, panduan dan tauladan ketika dia menjalani kehidupan sebagai Mahasiswa di Kolej Teknologi Darulnaim,Kota Bahru, Kelantan. Ayat ini banyak memberi dia ketenangan,kedamaian dan kebahagian meskipun dia bukanlah manusia yang warak, Fasih Al-Quran dan berpengetahuan luas tentang agama, tetapi melalui ayat ini dia jadikan pagangan sebagai seorang Muslim dan Mahasiswa.
        Alhamduhlillah, Segala puji bagi Allah yang menjadikan semester alam dan seisinya, yang tidak putus-putus memberi Rahmat-Nya menunjukkan bahawa kasih dan sayangnya yang tidak terhingga terhadap makhluk ciptaan-Nya, hati Sofi bermain kata-kata yang lahir rasa syukur-Nya kehadrat Ilahi walaupun dia sedar bahawa dirinya hina, jijik dengan dunia ciptaan-Nya namun masih memberi Rahmat,kesempatan dan waktu terhadap dirinya yang sering kali meremeh temehkan Suruhan-Nya itu. Di masa Sofi berada dalam musibah, Maha Pencipta masih memberi dzt-Nya terhadap Sofi yang tidak patuh pada perintah-Nya.


        
       
        Dengan musibah ini, Sofi mendapat sedikit hidayah yang tidak putus-putus di berikan kepadanya oleh Maha Pencipta sebelum ini, hanya dirinya yang sentiasa leka dan lupa dengan hidayah yang ada itu dengan tidak mengambil peluang tersebut, kini baru dia sedari bahawa hidayah itu bukanlah sesuatu yang mudah di perolehi hanya terhadap manusia yang di kehendaki oleh-Nya. “Subahanaulah Maha Suci Allah”.
        Sebelum ini, ketika Sofi menghadapi sebarang bentuk musibah, dia akan merasakan bahawa dunia ini tidak adil baginya dan selalu menyalahkan takdir dengan apa yang di hadapinya itu sedangkan dia tidak mengetahui dengan musibah itu Allah s.w.t. amat sayang padanya kerana Allah s.w.t. akan menguji hamba-Nya agar hamba-Nya itu lebih dekat pada-Nya dan selalu sujud dengan-Nya melakukan perintah-Nya melalui amal ibadah yang di lakukan hamba-Nya itu dan menegakkan wahyu yang di turunkan melalui Rasulullah s.a.w.                                                    
       Inilah sifat lumrah manusia yang lemah seperti Sofi, yang hanya sedar saat menhadapi musibah tetapi bila menghadapi kesenangan dengan mudah membelakangi Maha Pencipta yang mengizinkan sesuatu kejayaan itu berlaku keatas seseorang hamba-Nya itu dengan sesiapa sahaja yang di kehendaki dan inginkan, Maha Pemurah-Nya Sang Pencipta itu terhadap hamba-Nya.
        Terlintas di benak fikiran Sofi,  saat dia lahir di dunia ini pada mulanya hati ini seperti bersih buih air di sungai yang terjadi hasil hempasan air yang mengalir mengikuti aliran arus yang tidak pernah jemu dan bertukar arahnya, Namun hati kini di kotori seumpama pantai yang di penuhi oleh sampah-sarap yang tidak ada kesudahan ceritanya, bila dan bagaimana untuk mengatasinya tidak dapat di pastikan.
      Dalam soal menghadapi musibah itu bila hati yang kotor ia akan menyalakan takdir  dengan musibah yang di hadapinya itu, walhal di sebalik musibah yang menimpah itu adalah peringatan Maha Pencipta terhadap hamba-Nya itu atas apa yang dia telah kerjakan selama hidupnya dan  semua kejadian-kejadian itu mempunyai hikmah yang tersendiri yang hanya Allah s.w.t yang mengetahui di sebalik musibah yang menimpa itu. Mungkin Maha Pencipta telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari musibah yang di hadapi oleh hamba-Nya itu.



       Selesai kuliah pada hari itu, Sofi mengingati kata-kata yang terlintas di benak kepalanya dan terucap di bibirnya pada diri sendiri beberapa hari yang lalu, kini dia bertambah yakin bahawa musibah yang dia dan keluarganya hadapi itu ada hikmah di sebaliknya dan yang pasti hanya Maha Pencipta yang mengetahui segala apa yang akan berlaku kelak.
        Berdasarkan keyakinan itu, Sofi bersedia untuk menghadapi musibah yang akan bakal mendatang dan dia akan menjadikan musibah itu sebagai suatu tentangan yang di jadikan peluang mengikut kemampuan yang ada pada dirinya, Meskipun begitu dia juga adalah salah seorang insan yang mempunyai kekurangan dan kelemahan yang tersendiri, bukannya Malaikat, para Rasul,para nabi, para sahabat,para shuhadah, dan para ulama.Dia hanya seorang insan yang baru ingin mendekatkan dirinya pada Maha Pencipta dan mengenal apa itu Islam yang sebenar. Semoga Sofi terus memperjuangkan prinsip yang di yakininya melalui ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis yang kini dia mulai berjinak-jinak. InsyaAllah.











              
         
    














              
         
    

1 comment: